|
Language: EN | BM |

Kitar Semula Peralatan Elektrik yang Tidak Berfungsi Dan Dapatkan Pulangan Tunai!

Kitar Semula Peralatan Elektrik yang Tidak Berfungsi Dan Dapatkan Pulangan Tunai!

  1 more

Jom sertai kempen kitar semula peralatan elektrik di Intan Radio dan nikmati ganjaran tunai! Mari jaga bumi kita dengan memastikan peralatan elektrik yang tidak berfungsi dikitar semula melalui saluran yang selamat dan betul. Sertai kami untuk menjaga kelestarian alam sekitar! Jom kunjungi ke Intan Radio Hari ini!

Apa itu E-waste?

E-waste merupakan barangan elektrik dan elektronik yang telah rosak, tidak berfungsi atau lama / usang seperti telefon bimbit, komputer, televisyen, mesin basuh, peti sejuk dan pendingin hawa.

Kod SW110 ditafsirkan sebagai buangan daripada pemasangan elektrikal dan elektronik yang mengandungi komponen seperti akumulator, suis raksa, kaca daripada tiub sinar katod dan kaca teraktif atau kapasitor bifenil terpoliklorin yang lain, atau yang dicemari dengan kadmium, raksa, plumbum, nikel, kromium, kuprum, litium, perak, mangan, atau bifenil terpoliklorin.

KENAPA PERLU MENGURUSKAN E-WASTE SECARA MESRA ALAM ?

E-waste kini telah menjadi masalah di seluruh dunia. Semakin banyak barangan elektrik dan elektronik yang dihasilkan, semakin banyak juga e-waste yang perlu dibuang/diuruskan.

Jika E-waste dibuang tanpa menggunapakai kaedah yang mesra alam seperti buang ke dalam sungai, ke tapak pelupusan, membakar secara sesuka hati atau diberikan kepada pihak yang tidak sepatutnya, e-waste ini berupaya untuk membahayakan kehidupan, menjejaskan kesihatan kita dan menyebabkan kemerosotan kualiti alam sekitar.           

 



Berdasarkan kajian, dijangkakan sebanyak 24.5 juta unit E-waste akan dihasilkan di Malaysia menjelang tahun 2025.

Komponen di dalam E-waste mengandungi bahan-bahan toksik dan berbahaya seperti merkuri, plumbum, kadmium, arsenik, bromin, berlium, dan pelbagai lagi yang akan meresap ke dalam bumi dan seterusnya sumber air serta mengancam hidupan akuatik dan manusia jika E-waste tidak dilupuskan secara mesra alam.

Komponen di dalam E-waste juga mengandungi logam berharga seperti emas, perak, tembaga, platinum dan palladium.yang mempunyai nilaik kitar semula yang tinggi semula




#esg #environment #SayangiBumi #loveearth #INTANRADIO #kitarsemula #ewaste #alorsetar #kedah #jitra #changlun

03 Jul 2024